Tuesday, February 28, 2012

nak START dari Mana????

Sejak akhir-akhir ni, mmg suka tgk blogger lain. Especially bride to be la kan. Erm suke tgk idea majlis dorg. Sgt menarik dan penuh inspirasi. Part DIY tu sgt kagum. Sempat plak nak dorg buat sume kan. Sgt2 kagum especially blogger b2b seperti Kina, Rilla. Paling kagum dengan Intan dan DIY veil dia sgt cantek :)

Pada pemerhatian ( FBI ker..hahaa...), mostly dorg ni semua ada  bakat menjahit. Itulah bakat namanya. Tak salah nak sebut sebagai rezeki. Disebabkan itu, dorg ni ada je idea utk DIY. Bila tgk org lain buat DIY ni, mmg rs nak DIY jugak. Dahlah kos murah. Kemudian, kita mst berpuas hati dgn "our design n concept" kan. Tapi masalahnya tak semua org dianugerahkan bakat dan rezeki itu. Boleh diusahakan tetapi mengambil masa yang agak lama. (Tangan beku..hehehe). Tertanya-tanya macamana dorg dapat bahagi masa ya. Unik dan tertarik the bomb

Setelah penat tengok blog-blog dan mengkaji, inilah kesimpulan yg diperolehi seperti  di bawah :

  • Jimat Kos
  • Sangat menjimatkan. Tambahan bila beli secara bulk purchase. Bila buat sendiri, tak perlu bayar upah. Mana-mana yang sukakan gubahan atau pelamin DIY. Eloklah DIY. Sebab hasilnya lebih cantik.
  • Idea yg luar biasa (lain daripada kebiasaan
  • Idea yg kite "direka khas" tu luar biasanya takkkan sama dengan orang lain. Sebab apa? Seni itu adalah subjektif. Jadi kesamaan tu sangat tipis


  • Seterusnya dll
  • Harap korg dapat cari lagi info berkenaan DIY ini sebab banyak kebaikannya. 
 * Tak dapat nak fikir sebab keje melambak plak. Adeh..

** Apelah agaknya my DIY.. erkkk. Sebab kurang bakat. Risau tak menjadi.
*** Kenapa entry ni tetiba terus lompat pasal DIY,hehehe. Erm apa-apapun memang sedang mencari idea untuk DIY. Terasa masa semakin suntuk. Five (5) months to go. Sempatkah for preparation??? Tolong, kursus kahwin pun belum pegi lagik. Aiyakkkkkkkk..Encik tunang telah berjanji untuk membantu membayarkan yuran. Denda pada dia sebab pergi kursus dulu sorang-sorang, huh.." Tolong bayar ya kanda. Hopefully  dapat idea selepas ini. Permisi dulu. Cau yooo~~


Jumpa Lagi, 
Shafa

Friday, February 17, 2012

T.E.R.K.AD.A.N.G~

Hari ini ada sedikit karya untuk tatapan. Ini antara karya yang pernah dihasilkan. Zaman sekolah dan universiti, ada jugak beberapa karya yang dihasilkan. Suka berkarya tapi tak suka Sastera., hahaha. Kepada pecinta sastera tu, anda memamng hebat. Ini namanya bakat. Macam diri ini sekadar seronok-seronok jer, hehe.. Jom layan laaaa yeeeee~~
Di pinggir hatiku
Kau selalu berlalu
Kau datang menggamit hati pada sebuah kenangan
Kau genggam jiwaku tentang sebuah hati
Terkadang itu, kau jua 
Terkadang aku betah melihatmu di sorot jauhku
Terkadang aku lelah tanpa khabarmu
Terkadang manis senyuman kerana kau
Terkadang aku terdiam kerana kata-katamu
Dan terkadang bagaikan dipagari duka kernamu  
Ketahuilah,
Terkadang tanpa tahumu
Air jernih putih selalu membias di pipiku
Dan terkadang, aku mohon kau pun membalas daku 
Kau, yang terkadang muncul
Tahukah kau, terkadang aku menunggu lembaran baru dan
terkadang aku masih merindu
terus melayari memori-memori semalam tanpa kesal 
Lalu senyumanku terkadang manis

Clavellina Shafaliza
                                                                         Taman Sri Tahan, Ipoh
                                                                                       19-08-2010
                                                                                             11.39 am

SENYUMLAH WALAU APA-APAPUN MELANDA                                     
** entri kali ini banyak kaler-kaler sikit ya **





                                                                                    
Jumpa Lagi


Shafa

Sunday, February 12, 2012

S.E.d.I.H.


 credit pic to google

Sesungguhnya aku berasa sangat sedih
Impian yang diharap seakan selalu menjauh
Mudah-mudahan aku dapat tabah & sabar menghadapi segalanya
ujian yang diberi, semoga dapat kuatkan hati ini
Tetapi bukanlah semudah harapan di hati
sungguh pilu & sedih
Tak dapat nak menipu hati ini
memang tertangis jugak
payah betul nak kugapai impian yang satu ini
ku mohon pada-Mu Ya Allah, agar dapat dilenyapkan sedih di hati
dan impian itu terlaksana jua
Amin.........


Jumpa Lagi,

Shafa

Saturday, February 11, 2012

Bersangka Baik

Sesungguhnya cinta yang dianugerahkan sangat indah dan manis untuk dikenang.Tidak dinafikan setiap kemanisan tu tentu ada pahitnya. Jika mudah dan senang, kemungkinan senang juga dilupakan. Dalam kehidupan ini, kita harus sentiasa bersangka baik di atas segala ketentuan yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Disebabkan itu kita harus menghargai dan bersangka baik di atas segala ketentuan ini. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui atas segala suatu kejadian di atas muka bumi ini..Oleh itu bersangka baik selalu
Dalam kehidupan kita seharian ini, seharusnya kita sentiasa bersangka baik kepada sesama manusia terutama jiran, rakan-rakan dan rakan sekerja. Walaupun apa jua keadaan yang dihadapi, yakinlah bahawa bersangka baik sesama kita itu menhidupkan kejahteraan sesama masyarakat dan bangsa. 
Kita hendaklah selalu ingat-mengingati sesama sendiri. InsyaAllah, sama-sama kita menuju di landasan yang benar.
Jom kita hayati ayat ini agar membentuk ke arah menjadi muslim sejati.. InsyaAllah :
Mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12



Rancangan favourite ++ yang selalu ditonton bersama housemate dan berebut pun ada. Sebenarnya ada ulangan cuma waktu bekerja. Tak dapatlah tengok. Rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di siaran TV Al-Hijrah. Semoga siaran ini akan terus menyajikan ilmu-ilmu bermanfaat untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Wassalam.


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid 


Jumpa lagi
Shafa