Sunday, June 3, 2012

KEMBALI

Dah lama tak update blog. Agak busy lately. Bulan lepas sibuk dengan kursus induksi. Kursus wajib untuk tetap dalam perkhidmatan. Seronok jugak. Dapat tambah ilmu. Dapat kenalan baru. Semoga dapat jadi seorang "penilai" yang berwibawa dan menjalankan tugas dengan baik. Walaupun diri ini banyak benda yang perlu belajar dan terus belajar. Menjadi yang terbaik tak semudah mimpi. Memang banyak cabaran.

Pernikahan Acik Ijam & Shida
Minggu lepas, busy dengan perkahwinan pakcik bongsu sebelah abah. akhirnya, selamat sudah majlis mereka. Tema nikah warna grey dan sanding pakcik warna hijau. Sebelum decide tema sendiri, terfikir nak buat tema hijau. Mujur tak sama, hehehe..Sebelah wifenya pula warna biru. Pelamin, bunga pahar dan ada yang lain-lain tu D.I.Y. so kreative dan cantik sangat pelamin dorg.. Nanti ada masa upload gambar wedding dorg ataupun kita tunggu je gambar OP.


Seronok dengan kawan-kawan yang bakal melangsungkan perkhwinan dan pertunangan terutama di musim cuti sekolah ini.Semoga hubungan kalian sentiasa diberkati dan dirahmati. Tanggungjawab dan bertukar dan beralih arah. Yang penting masing-masing kena faham dan bertolak ansur. Ececeh, macamlah yang nasihat ni dah kawen..hehee... Tapi ilmu rumahtangga tu harus belajar kan.. :)

Jumpa lagi,

Shafa

No comments:

Post a Comment