Saturday, February 11, 2012

Bersangka Baik

Sesungguhnya cinta yang dianugerahkan sangat indah dan manis untuk dikenang.Tidak dinafikan setiap kemanisan tu tentu ada pahitnya. Jika mudah dan senang, kemungkinan senang juga dilupakan. Dalam kehidupan ini, kita harus sentiasa bersangka baik di atas segala ketentuan yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Disebabkan itu kita harus menghargai dan bersangka baik di atas segala ketentuan ini. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui atas segala suatu kejadian di atas muka bumi ini..Oleh itu bersangka baik selalu
Dalam kehidupan kita seharian ini, seharusnya kita sentiasa bersangka baik kepada sesama manusia terutama jiran, rakan-rakan dan rakan sekerja. Walaupun apa jua keadaan yang dihadapi, yakinlah bahawa bersangka baik sesama kita itu menhidupkan kejahteraan sesama masyarakat dan bangsa. 
Kita hendaklah selalu ingat-mengingati sesama sendiri. InsyaAllah, sama-sama kita menuju di landasan yang benar.
Jom kita hayati ayat ini agar membentuk ke arah menjadi muslim sejati.. InsyaAllah :
Mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12



Rancangan favourite ++ yang selalu ditonton bersama housemate dan berebut pun ada. Sebenarnya ada ulangan cuma waktu bekerja. Tak dapatlah tengok. Rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di siaran TV Al-Hijrah. Semoga siaran ini akan terus menyajikan ilmu-ilmu bermanfaat untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Wassalam.


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid 


Jumpa lagi
Shafa

No comments:

Post a Comment