Wednesday, June 27, 2012

BILA ALLAH MENDUGA KITA


Setiap manusia takkan dapat lari dari dibelenggu masalah. 
Besar atau kecil sesuatu masalah, ianya tetap menguji seseorang itu. 
Dan bagaimana sengsaranya kita menghadapi dugaan itu, 
Kembalilah kepada fitrah manusia iaitu MENGADU PADA ALLAH SWT.

Adulah apa jua rintihan kita, pasti ALLAH SWT sedia mendengar rintihan hambanya.
Semoga kita sentiasa sedar akan kerdilnya diri kita ini.
Jangan mendomba cerita andai sesama manusia tak bisa membantu.
Pohonlah dan ucapkanlah doa kita pada-NYa.

Semua ini nukilan buah tangan "SYED ALWI ALATAS"
Dengan buku beliau ini, supaya mendidik hati kita selalu mengucapkan syukur dan berprasangka baik kepada ALLAH SWT.
Setiap ketentuan itu, datangnya dari ALLAH SWTmenidakkan ketenttuan seolah-olah menyalahkan takdir.
Sedangkan setiap umat haruslah percaya pada Qada' dan Qadar. Semuanya adalah suatu ketentuan.
Tetapi sebagai kita hatus juga sentiasa berusaha dan bertawakal baik perkara itu baik mahunpun buruk.
Semuanya untuk kita mensyukuri segala nikmat yang beri.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH, 
Syukur atas segala nikmat yang KAU berikan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Jauhkanla dari hasad dengki dan memfitnah sesama sendiri,
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN


Meminjam dari blog seorang muslim yang lain : 
"Ujian teori hanya memerlukan sebatang pensil dan beberapa helai kertas, sedangkan ujian amali memerlukan seluruh kehidupan mencakupi jiwa dan raga"-Ustaz Shafiee.

No comments:

Post a Comment