Hari ini ada sedikit karya untuk tatapan. Ini antara karya yang pernah dihasilkan. Zaman sekolah dan universiti, ada jugak beberapa karya yang dihasilkan. Suka berkarya tapi tak suka Sastera., hahaha. Kepada pecinta sastera tu, anda memamng hebat. Ini namanya bakat. Macam diri ini sekadar seronok-seronok jer, hehe.. Jom layan laaaa yeeeee~~
Di pinggir hatiku
Kau selalu berlalu
Kau datang menggamit hati pada sebuah kenangan
Kau genggam jiwaku tentang sebuah hati
Terkadang itu, kau jua
Terkadang aku betah melihatmu di sorot jauhku
Terkadang aku lelah tanpa khabarmu
Terkadang manis senyuman kerana kau
Terkadang aku terdiam kerana kata-katamu
Dan terkadang bagaikan dipagari duka kernamu
Ketahuilah,
Terkadang tanpa tahumu
Air jernih putih selalu membias di pipiku
Dan terkadang, aku mohon kau pun membalas daku
Kau, yang terkadang muncul
Tahukah kau, terkadang aku menunggu lembaran baru dan
terkadang aku masih merindu
terus melayari memori-memori semalam tanpa kesal
Lalu senyumanku terkadang manis
Clavellina Shafaliza
Taman Sri Tahan, Ipoh
19-08-2010
11.39 am
SENYUMLAH WALAU APA-APAPUN MELANDA |
Jumpa Lagi
Shafa
Shafa
No comments:
Post a Comment