Monday, June 4, 2012

DIET MARI

Bercakap berkenaan persiapan ni, baju nikah dan sanding mmg dah siap. Mula-mula tragis jugak masa baru terima baju-baju tu. Sedih sbb lain dari yang dibayangkan. Tapi soal upah, mmg sgt-sgt berbaloi-baloi. 2 pasang tu RM160 sahaja. Macam tempahan untuk sehelai baju kan?Hehe, rezeki.. Nanti ada peluang kita upload pic baju ya..

Berbalik pada cerita tadi, nangis jugak bila rasa design baju tu tak berapa nak suka..Dah la penat dari kenduri, baju plak pulak lain dari diimpikan. En. Tunang pun cakaplah "Jangan la sedih, cuba dulu baju tu".. So sampai je di rumah, terus try baju-baju tu. Sebenarnya , takdelah teruk sgt. Menarik jugak. Siap hantar mms kat en tunang lagi. Then, dia cakap cantik. Yang tak cantik, diri ni semakin membesar. Certain part harus dikempiskan..hehehe

Bermula saat itu, terus nekad DIET..huhu. Dah seminggu berdiet. Disusuli dengan jogging. Mmg dahsyat penangan nak kawen ni. Patotlah ramai yang sanggup makan ubat pelangsing. Apa-apapun yang dimakan, mst diiringi dengan pemakanan dan senaman. Oleh itu, faktor sebenar adalah bersukan. Dengan senaman secara tidak langsung memberi kesihatan dan kelangsingan sebenar yang diidamkan.


Selain itu, berpuasa pun boleh mengurangkan berat badan. Hikmahnya, dapat meguatkan tenaga di samping menunaikan tangggungjawab sebagai seorang muslim. Lebih-lebih lagi kita dituntut berpuasa pada hari Isnin & Khamis sebagaimana memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Sbb hari ni berpuasa, keinginan makan tu tetap ada. Teringin nak makan makanan ni. Dah lama x makan rasanya. Korang selalu makan tak? hehe.. Jom kita p carik untuk berbuka.. (hahaha..rosaklah dietku..huhu)

nampak lazat kan.......

Jumpa lagi,

Shafa.



No comments:

Post a Comment